Ucap namaku sebelum tidur-Malinsau team
dari kiri: zoonley,iddy,malik,ruki
Selasa, 7 Julai 2009

AMRI (kiri) seorang daripada empat pemain berpengalaman yang dipanggil bersama 24 pemain lain bagi latihan menghadapi perlawanan bertemu Manchester United pada 18 Julai ini.
Rajagobal tetap pilih pemain muda sebagai persiapan hadapi Sukan Sea Laos
KEHADIRAN barisan bintang Manchester United tidak langsung menggoyahkan pendirian ketua jurulatih negara, K Rajagopal untuk tetap membariskan pemain-pemain muda buat aksi persahabatan di Stadium Nasional, 18 Julai ini.
Sebaliknya, hanya empat pemain berpengalaman - Norhafiz Zamani Misbah, Indra Putra Mahayuddin, V Thirumurugan dan Mohd Amri Yahyah - dipanggil bersama 24 pemain lain bagi latihan menghadapi perlawanan berkenaan.
"Matlamat asal pasukan adalah untuk menghadapi Sukan Sea di Laos, Disember ini yang membabitkan pemain bawah 23 tahun. Saya tidak nafikan sumbangan pemain senior lain seperti Nizaruddin Yusof, Harris Safwan dan Safee Sali.
Tetapi ketika ini, fokus itu ialah kepada matlamat asal, iaitu Sukan Sea," katanya.
Nizaruddin kini adalah penjaring terbanyak Liga Super bersama Perlis, Harris pula berstatus sama dalam kancah Liga Perdana ketika nama Safee tidak pernah tercicir daripada skuad negara sejak beberapa tahun lalu.
"Perlawanan menentang United ini baik untuk pemain-pemain yang mengejar matlamat itu. Ia adalah pengalaman amat berharga berbanding jika mereka hanya berlatih sahaja," katanya.
Malah Rajagopal turut melihat aksi menentang United sebagai penawar ekoran tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membatalkan penganjuran Pestabola Merdeka buat mengelak menularnya wabak Influenza A.
Sebelum menentang skuad bimbingan Alex Ferguson itu, anak buahnya akan turun dalam dua aksi persahabatan menentang pasukan kebangsaan Liberia, pada Ahad dan Selasa depan.
Langgan:
Catatan (Atom)