Klinik Desa Malinsau, 89307 Ranau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.Berbakti Pada KeluargaBilangan golongan belia di sini agak sedikit memandangkan ramai yang berhijrah dan mencari pelbagai jenis peluang pekerjaan di Kota Kinabalu, Semenanjung Malaysia dan Singapura. Kebanyakan golongan belia di sini bekerja di syarikat swasta dengan bekerja di kilang-kilang elektronik, kilang makanan dan kilang papan. Namun ada juga di kalangan golongan belia yang cerdik pandai bekerja di sektor awam dan swasta dan menjawat pelbagai jawatan yang tinggi serta bergaji lumayan.Bagi golongan belia yang tinggal di kampung, mereka membantu menyara kehidupan keluarga dengan menjadi penoreh getah dan bertindak sebagai ‘orang tengah’ dalam urusan jual beli getah dengan pembeli. Golongan belia di sini juga aktif bersukan dan sering menganjurkan pertandingan bola sepak peringkat kampung menguji kecekapan dan kemahiran bermain sukan kegemaran dunia ini dengan penduduk dari kawasan sekitar. Tidak hanya mementingkan perkara yang bersifat keduniaan semata, golongan belia di sini juga tidak mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan pegangan agama masing-masing. Bagi mereka yang beragama Islam, golongan belia di sini sering kali menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid. Seperti ceramah agama, tadarus Al-Quran dan sebagainya. Begitu juga bagi golongan belia dari mubaligh Kristian, mereka sangat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak gereja Sidang Injil Borneo (SIB).
Mailing address: Klinik Desa Malinsau, 89307 Ranau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.
Roslinah Bondilik, Jururawat Masyarakat U19, D/A Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Ranau, 89307 Ranau,Sabah Negeri Di Bawah Bayu. No. Telefon : 088 - 959025
SEKOLAH KEBANGSAAN MALINSAU, D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL, 89300 RANAU, SABAH. TEL: 088-959012 FAX:088-959011
SEJARAH SEKOLAH
Ogos 14th, 2008 by skmalinsauSekolah Kebangsaan Malinsau mula dibuka pada tahun 1973. Ketika itu Kampung Malinsau masih di bawah pentadbiran Daerah Beluran. Pada awal pembukaan sekolah ini belum dapat dihubungi melalui jalan raya, sekolah hanya dapat dihubungi melalui jalan sungai yang berjeram dari Pejabat Pelajaran Beluran sejauh 250 Km selama 2 hari perjalanan dengan Bot.Pada tahun 1975 jalan raya tanah merah telah siap dibina menghubungkan sekolah dengan pekan terdekat iaitu Pekan Ranau sejauh 69 Km. Dengan perkembangan ini kampung Malinsau telah dipindahkan pusat pentadbiran dari Daerah Beluran ke Daerah Ranau dan pada masa yang sama, sekolah ini berpindah pentadbiran ke Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.Sekolah ini telah dijadikan sebagai sekolah tumpangan SMK Ulu Sugut Malinsau mulai tahun 1983 – 1994 sebelum berpindah ke Kg. Kaingaran. Kehadiran Sekolah menengah ke sekolah ini pada tempoh tersebut sedikit sebanyak telah mengganggu perjalanan dan kemajuan sekolah kerana terpaksa berkongsi bangunan yang sama. Kerajaan hanya menambah 4 bilik darjah untuk sekolah menengah untuk menampung pelajar tingkat 1 hingga 3.Satu perkara luar biasa telah berlaku terhadap sekolah ini pada tahun 2004 apabila sekolah ini dibahagi dua dengan kewujudan sekolah cawangan di Kg. Nasakot yang jaraknya 6 Km dan menempatkan lebih 100 orang murid dari tahun 1 hingga 6 dan disertai 4 orang guru. Pentadbiran sekolah cawangan di bawah tanggung jawab guru besar S.K. Malinsau dan seorang guru kanan dilantik sebagai penyelia cawangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan