Khamis, 9 Julai 2009

Siapakah Aziz Satar

Berita Minggu (Malaysia) semalam ada artikel mengenai pelakon veteran Aziz Sattar.

Ghaz, KL

Aziz Sattar layak dapat pengiktirafan

Oleh Roslen Fadzil


[image]

KALAU saya salah, silalah perbetulkan tetapi saya begitu yakin bahawa seniman handalan Aziz Sattar adalah anak wayang Melayu paling veteran yang masih aktif dalam dunia perfileman tanah air.

Mana tidaknya, hanya setahun lebih muda daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, lakonan Pak Aziz, 81, akan dapat kita saksikan dalam filem sains fiksyen (sci-fi) Cicak-Man arahan Yusry Abdul Halim (Yusry KRU), menjelang Disember ini selain Anak Halal (Osman Ali).

Bangga dan terharu dengan semangatnya, Pak Aziz adalah seniman tulen, satu dalam sejuta. Dia terus diberikan kekuatan fizikal untuk mewarnai filem tempatan hingga ke detik ini, sejak pertama kali diperkenalkan dalam filem Putus Harapan pada 1953 arahan B N Rao.

Tentu ramai masih ingat dengan aksinya sebagai tukang kayu yang pemalas dan `bertulang reput' dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Ramai juga terhibur melihat lakonannya sebagai Ajis, kawan Ramlee dan Sudin dalam Bujang Lapok selain Seniman Bujang Lapok yang terkenal dengan dialog: "Lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!"

Di kaca TV pula, ramai peminat kagum dengan keberaniannya memegang watak cameo sebagai ponen tua (pondan tua) dalam drama popular Sutun di RTM. Selain Yusry, pengarah filem zaman ini yang tidak pernah melupakan bakatnya itu adalah Shuhaimi Baba dan Osman Ali.

Ketika dihubungi Rabu lalu, Pak Aziz kelihatan ceria selepas berbuka puasa. Pendengarannya masih jelas apabila saya ajukan pelbagai soalan termasuk bercorak peribadi. Soalan pertama saya, apakah rahsia kesihatannya?

"Ooo, tidur kena cukup, sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari. Saya juga tidak suka tidur siang kerana ia tidak bagus untuk badan kita, nanti jadi lemah dan tidak bermaya. Makan pula saya hanya mengelak benda-benda sejuk macam sayur kangkung, buah labu dan ais.

"Merokok saya dah lama pencen, masa umur 55 tahun! Kalau tanya pasal senaman, saya tidaklah joging macam orang muda. Cuma sekali sekala saya suka berjalan-jalan dalam kompleks (beli-belah). Bila rasa penat, saya singgah minum kopi secawan!"

Begitulah Pak Aziz apabila berkongsi petua kecerdasannya. Beliau memang peramah dan suka ketawa.

Berlakon hingga ke akhir hayat

BERASAL dari Surabaya, Indonesia, Pak Aziz atau nama sebenarnya Abdul Azez Satta, dilahirkan pada 8 Ogos 1925. Ketika berusia tiga tahun, dia mengikut ayahnya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Kota Singa.

Dibesarkan di Kampung Pasir Panjang, di situlah belia berkawan rapat dengan Allahyarham Shariff Dol dan Allahyarham Salleh Kamil yang juga bintang filem terkenal.

Pak Aziz hanya sempat mendapat pendidikan sehingga darjah lima kerana negara dijajah Jepun. Pada usia remaja, dia pernah menjadi pemandu lori dengan upah yang sedikit. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak rakan sekampung bekerja di Studio Malay Film Productions (MFP) di Jalan Ampas.

Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.

Dunia lakonan Pak Aziz sebenarnya bermula pada 1953 menerusi filem Putus Harapan. Pada hari pertama berlakon, tubuhnya menggeletar kerana hingga ditertawakan semua krew. Namun produser Run Run Shaw akhirnya tertarik juga mengambil beliau berlakon sepenuh masa dengan gaji RM150 sebulan selain bonus bagi setiap filem.

Filem pertama beliau membawa watak penting adalah Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan Aksi Kucing.

Menyentuh alam rumah tangga, Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumia (isteri ketiga) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit. Buat masa ini Pak Aziz menetap bersama anak cucunya itu di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Dalam bidang nyanyian, Pak Aziz pernah menyertai Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarham Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Nasir P Ramlee.

Aziz mengakui P Ramlee banyak membantunya dalam memperbaiki mutu lakonan, cara pengarahan dan penulisan skrip.

"Kenangan yang tidak boleh saya lupa, P Ramlee pernah halau saya balik sebab kami semua tak boleh berlakon filem Pendekar Bujang Lapok. Macam mana nak berlakon, semua asyik ketawa! Babak yang susah sekali nak serius ialah ketika mengorat anak Pak Mustarjo (Roseyatimah)," kata Pak Aziz.

Sebelum menyudahkan perbualan pada malam itu, Pak Aziz mengakui dia akan terus berlakon selagi terdaya dan diterima.

"Saya akan terus berlakon selagi hayat dikandung badan," katanya.

INFO: Aziz Sattar

NAMA SEBENAR: Abdul Azez Satta

NAMA KOMERSIAL: Aziz Sattar

TEMPAT LAHIR: Surabaya, Indonesia

TARIKH LAHIR: 8 Ogos 1925

USIA: 81 tahun

FILEM LAKONAN (Antaranya)

Arjuna, Takdir, Hati Iblis, Ribut, Kipas Hikmat, Hantu Kubur, Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Pusaka Pontianak, Saudagar Minyak Urat, Aksi Kucing, Siapa Besar, Putera Bertopeng, Raja Laksamana Bentan, Sumpah Wanita, Siti Muslihat, Mambang Moden, Labu Labi, Nasib Si Labu Labi, Nujum Pak Belalang, Keluarga Si Comat, Si Badol, Prebet Lapok, Penyamun Tarbus, Da Di Du, Setinggan, Tarik-Tarik, Abang 92, Layar Lara, Jibon, Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2, Cicak-Man dan Anak Halal.

FILEM ARAHAN (Antaranya):

Si Badol, Prebet Lapok, Penyamun Tarbus, Da Di Du, Setinggan

DRAMA TV LAKONAN (Antaranya):

Bapak Minta Kahwin Lagi, Sutun, Karipap

Alhamdulillah, kesemua filem² arahan Pak Ajis ini saya ada memiliki koleksinya.

Pak Ajis ni memang seorang yang sangat spoting dan mudah didekati. Beliau boleh bersembang dengan sesiapa sahaja. Teringat saya kenangan sewaktu beraya dirumah beliau 5 tahun lalu diseksyen 18 Shah Alam. Waktu itu saya berada dirumah kawan saya yang kebetulan berjiran dengannya. Hanya dengan satu salam dari saya, beliau mengangkat tangan dan menjemput saya kerumahnya. Segan tak tau nak cakap la, tapi bila dah orang macam Pak Ajis sendiri yang jemput, besar sungguh hati saya diwaktu itu. Waktu menjamah hidangan saya gunakan kesempatan yang ada untuk mengimbau kenangan Pak Ajis sewaktu zaman kegemilangannya dan Pak Ajis cukup senang sekali berbicara soal ini walaupun baru mengenali saya seolah² saya ini juga rakan seperjuangannya. Nampak dari riak wajahnya sungguh² bercerita dan kata beliau "Pak Ajis ni jarang dapat peluang bercerita benda² begini. Kalau ada orang yang betul² berminat, Pak Ajis suka sekali berkongsi pengalaman...termasuklah dengan kamu yang Pak Ajis tengok berminat sungguh......"

Terimakasih Pak Ajis!!! Alamat rumah Pak Ajis pun masih saya ingat lagi dan Insyaallah raya ni kalau ada kelapangan saya akan ziarah lagi

AZIZ SATTAR BERKAHWIN SELEPAS MENDUDA 25 TAHUN

PELAKON veteran, Aziz Sattar masih mampu melakonkan pelbagai watak sama ada dalam drama ataupun filem meskipun usianya kini sudah mencecah 80 tahun.

Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez Satta mengabdikan bakat lakonannya dalam bidang yang amat diminatinya itu sejak tahun 1950-an sehinggalah ke saat ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Aziz telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang bergelar anak seni.

Pelakon yang juga pengarah filem ini misalnya, pernah gagal dalam dua perkahwinan dan telah hidup menduda selama 25 tahun selepas perkahwinan keduanya berakhir dengan perceraian.

Namun, mulai 16 Disember ini, Pak Aziz tidak lagi keseorangan apabila beliau sekali lagi akan bergelar suami buat kali ketiga.

Pada tarikh tersebut, pelakon yang sinonim dengan watak komedi itu akan mendirikan rumah tangga dengan seorang janda, Hashimah, 48.

Menurut pelakon filem legenda klasik, Seniman Bujang Lapok ini, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh selepas sekian lama menduda.

Bagaimanapun datuk kepada 19 cucu ini mendedahkan kepada wartawan ABD. AZIZ ITAR tentang rahsia hatinya yang masih terbuka untuk berkahwin lagi. Ikuti temu bual tersebut.

Selepas 25 tahun menduda, mengapa baru sekarang hati Pak Aziz terbuka untuk berkahwin lagi?

Ini adalah takdir dan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas diri saya. Saya terima dengan hati yang redha dan rasa syukur. Selama menduda, saya telah membuktikan bahawa saya telah menjalankan tanggung jawab terhadap tujuh orang anak dan 19 cucu. Selain sebagai bapa, pada masa sama saya juga bertindak sebagai ibu, datuk dan nenek kepada mereka.

Bagaimana reaksi anak-anak apabila mengetahui Pak Aziz mahu berkahwin lagi?

Mereka (anak-anak) tidak membantah sebaliknya mereka semuanya gembira dengan keputusan saya itu. Mereka menghormati kemahuan saya. Malah, selama inipun anak-anak saya tidak pernah membantah pembabitan saya dalam bidang lakonan.

Apakah persediaan Pak Aziz sebelum menjelangnya majlis perkahwinan pada 16 Disember ini.

Biasa sahaja kerana saya tidak adakan majlis besar-besaran. Pada 16 Disember ini, saya dan pasangan akan bernikah di Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor pada pukul 11 pagi. Keesokkan harinya (17 Disember) pula satu kenduri sederhana akan diadakan di rumah lama saya di Seksyen 19, Shah Alam. Majlis itu dianjurkan oleh kawan-kawan dan jiran-jiran saya terutamanya di kawasan kariah Masjid Al-Huda yang terletak di situ.

Dengar khabarnya, Karyawan (Persatuan Karyawan Malaysia) turut menaja majlis perkahwinan Pak Aziz. Betul ke?

Saya difahamkan macam itulah. Karyawan bersetuju menganjurkan satu majlis untuk saya di Restoran Puteri di Sungai Penchala, Selangor pada 16 Disember ini pukul 8 malam. Sebagai ahli Karyawan saya terharu atas inisiatif presidennya, Freddie Fernandez yang sudi meraikan hari bersejarah saya itu. Saya difahamkan mereka menjemput kira-kira 300 tetamu pada majlis itu antaranya S. Shamsudin, Wahid Satay, Zaiton, Hashimah Yon dan ramai lagi.

Adakah bakal isteri Pak Aziz itu merupakan peminat setia Aziz Sattar?

Itu saya kurang pasti kerana saya tidak pernah bertanyakan kepadanya tentang perkara itu. Tetapi apa yang pasti perkenalan kami sejak setahun lalu bermula menerusi talian telefon. Di awal perkenalan kami, dia (Hashimah) yang menelefon saya selepas nombor telefon saya disiarkan melalui sebuah akhbar. Ketika itu saya dan Karyawan membuat pengumuman mahu menganjurkan satu majlis amal makan malam. Pada mulanya saya rasa curiga juga, maklumlah takut juga dengan siapa kita berhubung itu, adakah anak dara orang ataupun isteri orang. Selepas mengetahui latar belakangnya barulah saya mula berkenalan lebih lanjut dengan bakal isteri saya itu.

Apakah selepas berkahwin nanti, Pak Aziz akan bersara daripada berlakon?

Saya belum terfikir untuk berhenti berlakon kerana ini adalah karier tetap saya. Lagipun kerjaya sebagai anak seni atau pelakon tiada penghujungnya. Kalau orang yang bekerja dengan kerajaan, mereka akan bersara ketika berusia 55 tahun. Ataupun pekerja sektor swasta mereka ada tabung KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Tetapi pelakon tidak ada semua itu. Jadi, selagi ada kudrat saya akan terus berlakon. Filem terbaru lakonan saya berjudul Anak Halal arahan Osman Ali. Ia akan ditayangkan tidak lama lagi.

Adakah Pak Aziz akan lebih menumpukan kepada melakonkan watak-watak komedi sahaja?

Tidak juga. Walaupun saya lebih popular sebagai pelakon komedi tetapi saya tidak menolak tawaran untuk melakonkan watak-watak bukan komedi.

Akhir sekali, apakah harapan Pak Aziz dengan perkahwinan kali ini?

Saya harap perkahwinan ini akan melengkapkan kehidupan seharian saya. Saya pula semakin tua, jadi kenalah ada orang (isteri) yang sentiasa berada di sisi saya untuk menjaga makan minum dan sakit pening saya. Saya berdoa kepada Allah semoga perkahwinan saya kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
AZIZ SATTAR TAMATKAN ZAMAN DUDA PADA USIA 81 TAHUN

Oleh Abd. Aziz Itar

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Pelakon veteran Aziz Sattar, 81, yang telah 26 tahun menduda akan berkahwin buat kali ketiga pada 16 Disember ini.

Wanita pilihannya ialah seorang janda beranak tiga, Hashimah Delan yang berumur 48 tahun.

Menurut Aziz, cintanya terhadap Hashimah berputik pada bulan Ramadan tahun lalu.

“Ia adalah cinta pandang pertama,” kata Aziz yang telah berlakon 37 buah filem dan mengarahkan 15 filem termasuk sebuah kisah romantik berjudul Gelora Cinta (1993).

Beliau yang merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pada mulanya ingin merahsiakan pernikahannya dengan Hashimah tetapi ia tidak dapat disembunyikan atas desakan ahli-ahli Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Menurut Aziz atau nama sebenarnya Abdol Azez Satta, sebagai Exco Karyawan, beliau tidak dapat menolak hasrat persatuan itu yang mahu meraikan hari bersejarahnya itu.

“Asalnya saya mahu sembunyikan perkahwinan ini dan tidak mahu ribut-ribut. Malah, saya juga tidak mahu bersanding kerana takut cucu-cucu saya akan ketawa pula nanti,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Aziz mempunyai tujuh orang anak, 19 cucu dan lima cicit. Beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini.

“Perkahwinan saya ini semuanya ditaja oleh orang dan saya satu sen pun tidak keluar belanja,” ujarnya dalam nada terharu.

Majlis perkahwinan itu ditaja oleh Karyawan, badan korporat dan beberapa orang dermawan.

Antara tajaan yang diterima oleh pelakon kelahiran Surabaya, Indonesia itu ialah bunga telur, pelamin, kad jemputan, perbelanjaan majlis kenduri dan cenderahati.

Difahamkan Pengerusi Eksekutif Saloma Theatre & Bistro Restaurant, Datuk Syed Yusof Tun Syed Nasir turut bermurah hati meminjamkan kereta Rolls Royce kepunyaannya termasuk khidmat pemandu untuk kemudahan Aziz pada hari perkahwinannya.

Malah, adinda Sultan Selangor, Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah juga berkenan menjadi saksi pernikahan Aziz yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 16 Disember ini pukul 11 pagi.

Resepsi perkahwinan yang akan diacarakan oleh Fauziah Ahmad Daud dan Salih Yaacob itu pula akan diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail di sini pada pukul 7.45 malam.

Kad undangan majlis itu sudah pun diedarkan oleh Karyawan mulai hari ini kepada para jemputan termasuklah orang kenamaan, rakan-rakan seperjuangan Aziz dan juga para peminatnya.


AZIZ BERLAKON SAMPAI USIA 81 TAHUN

Oleh Zainuri Misfar (zainurimisfar@bharian.com.my)

Bekas pemandu lori dengan gaji RM50 sebulan terus abadikan diri pada dunia perfileman tanah air

“JOLOK motosikal ye, bang...” Itulah dialog spontan daripada Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok. Ia berlaku ketika babak watak Aziz, Sudin dan Ramlee membelasah M Busra kerana degil bermain trumpet pad waktu tengah malam.

Sebenarnya banyak dialog spontan daripada Aziz diucapkannya dalam filem Bujang Lapok boleh diingati hingga sekarang. Sehingga kini, apabila berbual dengan seniman veteran itu, ada saja topik yang diceritakan secara berjenaka.

Namun begitu, sebelum dikenali sebagai bintang filem dan juga pelawak tersohor, Aziz hanyalah pemandu lori saja. Gajinya RM50 sebulan. Ketika itu Sudin (S Shamsudin) sudah berlakon sebagai pelawak. Apabila dapat bekerja di Jalan Ampas, beliau gunakan sebaik mungkin peluang itu. Beliau juga terpaksa bersaing hebat dengan ‘kaki lawak’ terkenal hebat dari Cathay Keris seperti Mat sentul, Wahid Satay, Putih Lawak, Aman Belon, Dol Kuang, Hassan Temberang dan Hamid Bond.

“Oleh kerana saingan, kita kena sentiasa buat terbaik,” katanya yang dikatakan mempunyai hubungan persahabatan begitu baik dengan P Ramlee. Namun, ia bukan laluan mudah Aziz mencipta nama di layar perak.

“Saya pernah tanya Ramlee, tidak adakah satu adegan untuk gua”. Dia diam saja, tidak cakap apa-apa. Suatu hari, Ramlee buat Bujang Lapuk yang asalnya dari filem Cina. Ramlee ubah 100 peratus, dia jadikan bentuk Melayu. Apabila siap, dia beri kepada saya. “Jis, lu ambil ini skrip, lu baca, kata Ramlee. Saya baca. Dalam hati, eh! menarik juga. Rupa-rupanya Ramlee memilih pelakon bukan kerana kawan,” jelas Aziz menceritakan detik awal kegemilangannya sebagai pelakon komedi terkenal.

Dilahirkan di Surabaya, Indonesia, beliau terbabit dalam dunia filem di studio Jalan Ampas, Singapura bermula di bahagian dubbing atau alih suara. Filem pertama Aziz Sattar ialah filem Putus Harapan (1951). Beliau menggunakan nama Aziz Junior pada ketika itu dan sering digandingkan dengan seorang lagi tukang kelakar profesional dikenali sebagai Aziz King Godobel.

Selepas filem itu, beliau membintangi filem Mangsa (1952), Hati Iblis (1952), Jasa (1954), Arjuna (1954), Kipas Hikmat (1955), Ribut (1956) dan Putera Bertopeng (1957). Ramlee kemudian memilih Aziz untuk bergandingan dengan S Samsudin membentuk sebuah kumpulan trio dalam filem Bujang Lapok (1957).

Sejak itu, Aziz menjadi pilihan Ramlee untuk filem arahannya seperti Nujum Pak Belalang (1959), Pendekar Bujang Lapok (1959), Ali Baba Bujang Lapok (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Labu Labi (1962) dan Nasib Si Labu Labi (1963).

Dari awal 1950-an hingga sekarang, Aziz terus aktif dalam dunia seni walaupun sudah berusia 81 tahun. Beliau masih diundang berlakon atau mengadakan ceramah anjuran universiti, agensi kerajaan atau pertubuhan sosial yang yang berminat berkongsi pengalamannya melayari dunia perfileman.

Bagi Aziz selagi ada kudrat dan kesihatannya mengizinkan, bakat seni dalam darahnya tidak disia-siakan. Terbaru, beliau muncul dalam filem Cicak-Man, manakala tahun depan pula aksinya boleh ditonton menerusi filem Anak Halal arahan Osman Ali. Sepanjang lebih setengah dekad mengabadikan diri dalam dunia seni, beliau sudah berlakon 37 filem, mengarahkan 15 filem dan tiga drama TV.

Perkahwinan kerana berkat kesabaran

PERWATAKAN Aziz Sattar ketika sidang media sempena majlis perkahwinannya dengan gelagat yang boleh disaksikan dalam filem lakonannya tidak banyak berbeza.

“Sebenarnya saya tidak mahu bersanding, nikah saja sudah cukup. Bukan apa malu bila bersanding nanti, saya diketawakan cucu,” katanya semasa sesi bersama media di Restoran Puteri di Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.

Jelas Aziz, tidak mudah membuat keputusan berkahwin semula kerana sedar beliau tidak mempunyai sebarang harta benda atau kemewahan selain usianya yang semakin lanjut. Beliau agak sebak mengenangkan kesungguhan semua anaknya menguruskan hampir semua perkara mengenai majlis pernikahannya pada 16 Disember ini (esok).

“Saya terharu kerana perkahwinan ini mendapat sokongan penuh dan restu dari anak-anak. Bukan saja anak saya, tetapi anak-anak dari bakal isteri saya. Saya anggap perkahwinan ini hasil kesabaran saya. Sebelum ini, bukan tak mahu berkahwin. Ramai yang hendak menjodohkan saya dengan bermacam-macam orang. Tapi masa itu hati saya belum terbuka. Masa itu, saya nak beri tumpuan pada anak-anak dan diri sendiri,” katanya.

Aziz yang menduda selama 26 tahun akan bernikah dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Sebelum itu, Aziz pernah berkahwin dengan Siti Ruminah yang kemudian dikurniakan dua cahaya mata - Ruzaiman dan Ruzaidah, manakala perkahwinannya bersama seniwati Dayang Sofia memperoleh tiga anak - Zainuddin, Dalina dan Sandakiah. Aziz turut dikurniakan 17 cucu.

INFO

Aziz Sattar

Nama Sebenar: Abdul Azez Satta
Tempat Lahir: Pekalongan, Surabaya, Indonesia
Tarikh Lahir: 8 Ogos 1925

Filem Lakonan:

37 filem - antaranya Putus Harapan (1952), Putera Bertopeng (1957), Bujang Lapok (1957), Nujum Pak Belalang (1959), Raja Laksamana Bentan (1959), Bujang Lapok (1959), Ali Baba Bujang Lapok (1961), Seniman Bujang Lapok (1961), Labu Labi (1962), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Cicak-Man (2006) dan Anak Halal (2006).

Filem Arahan:

15 filem - antaranya Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1977), Prebet Lapok (1979), Da Di Du (1981), Tujuh Biang Keladi (1984), Bujang Lapok Kembali Daa...(1985), O.K (1989), Adik (1990), Gelora Cina (1993) dan Simfoni Duniaku (1994).

Drama TV: Bapak Minta Kahwin Lagi, Sutun dan Karipap

Pencapaian dan Penghargaan:
1981 - Filem Komedi Terbaik (Penyamun Tarbus) Filem Filem Malaysia ke-2
1990 - Ahli Mangku Negara (AMN)
1994 - Anugerah Seniman Veteran, Festival FIlem Malaysia ke-11
2000 - Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2000 - Anugerah Seniman Veteran, Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Aziz Sattar berdebar semasa diijabkabul

Oleh ABD. AZIZ ITAR

SHAH ALAM 16 Dis. – Pelakon filem veteran, Aziz Sattar, 81, tidak dapat menyembunyikan rasa gementar ketika diijabkabulkan dengan pasangannya, Hashimah Delan, 48, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pagi ini.

Aziz atau nama sebenarnya Abdol Azez Satta tetap merasai debaran itu biarpun beliau dikenali ramai sebagai seniman legenda yang telah berlakon dalam 37 buah filem sejak tahun 1952.

Menurut pelakon yang seangkatan dengan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu, ternyata pengalaman bernikah buat kali ketiga selepas 26 tahun menduda itu begitu mendebarkan hatinya.

“Kalau shooting (penggambaran) filem senang sedikit kerana saya hanya perlu bercakap sahaja. Tetapi yang ini (upacara akad nikah) lain.

“Saya memang rasa gementar tetapi apabila ada orang seperti Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah (adinda Sultan Selangor) dan rakan-rakan yang lain, semangat saya jadi kuat,” katanya pada sidang akhbar selepas berlangsungnya majlis pernikahannya.

Anak kelahiran Pekalongan, Surabaya, Indonesia itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid tersebut, Khairuddin Haiyon, 44, pada kira-kira pukul 11.40 pagi dengan mas kahwin RM100 dan wang hantaran RM5,000.

Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah dan Datuk Ismail Hudson merupakan saksi pernikahan itu, manakala Hashimah pula diwalikan oleh adik bongsunya, Syukri Delan, 22,

Aziz yang ditemani empat adik beradiknya dari Singapura, Ghazali, 76, Zaini, 72, Umaya, 69, serta Aminah, 67, membawa lima dulang hantaran dan ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak pengantin perempuan.

Pelakon yang sudah mempunyai tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit itu berkata, buat masa ini beliau dan isterinya belum mempunyai perancangan untuk cuti berbulan madu.

“Pelakon Betty Banafe beritahu saya, ada orang yang mahu menaja honeymoon (bulan madu) kami tetapi saya belum beri jawapan lagi.

“Tetapi kalau boleh, biarlah kami honeymoon di dalam negara sahaja kerana kita pun ada banyak tempat menarik dan indahnya.

“Kalau diizinkan Allah, saya mahu bercuti di Pulau Langkawi, Kedah,” ujarnya yang baru selesai berlakon filem terbarunya berjudul Anak Halal.

Seramai 500 jemputan terdiri daripada sahabat handai, rakan artis dan peminat hadir menyaksikan pernikahan pelakon filem komedi Seniman Bujang Lapok itu.

Antara artis seangkatan Aziz yang hadir ialah Datuk Jamil Sulong, Datin Rosnani Jamil, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado, Datuk Ahmad Jais, Zaiton dan Ruminah Sedik.

Pada sebelah malamnya pula, pasangan pengantin itu turut diraikan pada majlis resepsi yang diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih 500 tetamu.


[image]

ABANG AZIZ LUCU ORANGNYA - HASHIMAH

Oleh Abd. Aziz Itar


[image]

AZIZ Sattar dikelilingi anak-anak, cucu, cicit dan menantunya yang meraikan majlis resepsinya di restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur malam kelmarin.

PELAKON dan pengarah veteran Aziz Sattar, 81, bukan sahaja kelihatan lucu dalam filem-filem lakonannya tetapi keletahnya itu turut terbawa-bawa hingga ke luar set penggambaran.

Justeru, tidak hairanlah perwatakan pengarah filem Tak Kisahlah Beb (1988) ini begitu bersahaja walau di mana juga beliau berada.

Karakternya yang lucu dan mudah didekati bukan sahaja memikat hati para peminat tetapi juga Hashimah Delan, 48, ibu tunggal anak tiga yang dinikahinya pagi Sabtu lalu.

Menurut Hashimah atau lebih mesra dengan panggilan Shimah, dia tertarik dengan sifat yang dimiliki oleh Aziz biarpun pelakon itu lebih tua 33 tahun daripada usianya.

“Bagi saya, Abang Aziz memang lucu orangnya dan dia juga suka mengusik orang. Saya memang minat dengan Abang Aziz sejak empat tahun lalu.

“Malah, anak-anak saya pun tahu. Saya minat menonton filem-filem lakonannya seperti Seniman Bujang Lapok, Aksi Kucing dan banyak lagi.

“Saya meminati karakternya daripada filem-filem lakonannya itu,” katanya pada sidang akhbar sejurus bergelar isteri seniman legenda itu.

Hadir sama menyaksikan upacara itu ialah adinda Sultan Selangor, Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros.

Meskipun gembira kerana sudah bergelar isteri selepas enam tahun menjanda tetapi Shimah tidak dapat menahan sebak sewaktu majlis pernikahannya di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Ibu kepada Fadli Ariff, 27, Dian Fadilah, 26, dan Dian Fazura, 21, itu menitiskan air mata apabila memandang anak-anaknya yang turut menyaksikan saat penting dalam hidupnya itu.

“Ketika majlis akad nikah saya tidak dapat menahan perasaan dan menangis apabila memandang anak sulung saya (Fadli Ariff).

“Saya terasa seolah-olah saya akan berpisah dan kehilangannya. Apapun saya bersyukur kerana kini semuanya sudah selesai,” ujarnya.

Shimah pertama kali bertemu Aziz pada Julai tahun lalu pada satu acara anjuran sebuah stesen radio di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Pernikahan pasangan itu dengan mas kahwin RM100 dan wang hantaran berjumlah RM5,000 disaksikan oleh kira-kira 500 jemputan termasuk para peminat seniman legenda tersebut.

Bagi memudahkan orang ramai menyaksikan upacara itu, sebuah skrin besar telah dipasang di dalam Masjid Negeri Selangor itu.

Dedahkan

Sementara itu, anak kedua Aziz hasil perkahwinan pertamanya dengan Siti Rumiah, Rozaidah, 49, mendedahkan dia merupakan orang pertama yang diberitahu tentang calon isteri bapanya itu.

“Saya dan adik-beradik yang lain semuanya setuju dengan pilihan ayah. Memang sudah lama kami tunggu saat itu.

“Tetapi ada juga di kalangan cucu-cucu ayah yang kena perli apabila berita perkahwinan ayah disiarkan di suratkhabar.

“Tetapi kami tidak kisah, malah kami menyanyi beramai-ramai lagu ‘atukku kahwin lagi’ dengan si janda jelita (asalnya lagu Ayahku Kahwin Lagi nyanyian L. Ramlee),” katanya sambil ketawa.

Sanak keluarga bukan sahaja merestui tetapi memberi sokongan hubungan Aziz dengan Shimah.

Aziz yang merupakan anak ketiga daripada 10 adik-beradik juga pernah membawa Shimah ke Singapura pada bulan Ramadan lalu untuk menemui sanak saudaranya di sana.

Majlis bersejarah

Difahamkan dua buah bas disewa untuk membawa adik-beradik dan sanak-saudara Aziz dari Singapura bagi menyaksikan majlis bersejarah tersebut.

“Semua keluarga Aziz dari Singapura datang. Kami juga terpaksa menempah hampir 40 bilik hotel di Kuala Lumpur untuk memeriahkan majlis perkahwinan ini,” ujar Zaini, 72, yang merupakan adik kepada Aziz.

Selepas selesai akad nikah Aziz dan Shimah kemudiannya diraikan pada satu majlis resepsi di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam Sabtu lalu.

Majlis resepsi anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu menjemput 500 tetamu tetapi difahamkan hampir 1,000 tetamu memenuhi ruang restoran tersebut.

Aziz selepas acara memotong pulut kuning pada akhir majlis resepsi itu melahirkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada semua pihak yang telah menjayakan perkahwinannya itu.

“Alhamdulillah, pada malam ini saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya satu anugerah yang tinggi.

“Saya akan tatang anugerah ini hinggalah ke akhir hayat saya. Berjuta-juta terima kasih kepada Karyawan, Restoran Puteri, wartawan, Habsah Hassan, Rubiah Suparman dan lain-lain yang ambil berat tentang diri saya.

“Saya tidak dapat balas jasa mereka. Cuma doa saya agar Allah mencucuri rezeki ke atas mereka. Terima kasih juga kepada semua anak-anak, cucu dan cicit yang 100 peratus setuju dengan perkahwinan saya ini,” ujarnya.

Antara tetamu istimewa yang turut hadir pada majlis yang doanya dibacakan oleh guru al-Quran terkemuka tanah air, Datuk Hassan Azhari itu ialah Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Sementara artis-artis yang menghiburkan para tetamu pada majlis yang diacarakan oleh Chuari Selamat itu terdiri daripada Datuk M. Daud Kilau, Datuk Julie Sudiro, Didi (AF4), Salih Yaacob dan Bob (AF2).




Selasa, 7 Julai 2009

My Brother Was Singing

Ucap namaku sebelum tidur-Malinsau team


dari kiri: zoonley,iddy,malik,ruki



AMRI (kiri) seorang daripada empat pemain berpengalaman yang dipanggil bersama 24 pemain lain bagi latihan menghadapi perlawanan bertemu Manchester United pada 18 Julai ini.



Rajagobal tetap pilih pemain muda sebagai persiapan hadapi Sukan Sea Laos

KEHADIRAN barisan bintang Manchester United tidak langsung menggoyahkan pendirian ketua jurulatih negara, K Rajagopal untuk tetap membariskan pemain-pemain muda buat aksi persahabatan di Stadium Nasional, 18 Julai ini.

Sebaliknya, hanya empat pemain berpengalaman - Norhafiz Zamani Misbah, Indra Putra Mahayuddin, V Thirumurugan dan Mohd Amri Yahyah - dipanggil bersama 24 pemain lain bagi latihan menghadapi perlawanan berkenaan.

"Matlamat asal pasukan adalah untuk menghadapi Sukan Sea di Laos, Disember ini yang membabitkan pemain bawah 23 tahun. Saya tidak nafikan sumbangan pemain senior lain seperti Nizaruddin Yusof, Harris Safwan dan Safee Sali.

Tetapi ketika ini, fokus itu ialah kepada matlamat asal, iaitu Sukan Sea," katanya.

Nizaruddin kini adalah penjaring terbanyak Liga Super bersama Perlis, Harris pula berstatus sama dalam kancah Liga Perdana ketika nama Safee tidak pernah tercicir daripada skuad negara sejak beberapa tahun lalu.

"Perlawanan menentang United ini baik untuk pemain-pemain yang mengejar matlamat itu. Ia adalah pengalaman amat berharga berbanding jika mereka hanya berlatih sahaja," katanya.

Malah Rajagopal turut melihat aksi menentang United sebagai penawar ekoran tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membatalkan penganjuran Pestabola Merdeka buat mengelak menularnya wabak Influenza A.

Sebelum menentang skuad bimbingan Alex Ferguson itu, anak buahnya akan turun dalam dua aksi persahabatan menentang pasukan kebangsaan Liberia, pada Ahad dan Selasa depan.

Isnin, 6 Julai 2009

Tips mengenali wanita -Khas untuk lelaki

Tips mengenali wanita -Khas untuk lelaki

1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya
dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan
kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa
terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang
amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang
mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala
pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah
perempuan

2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang.
Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan
khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan
bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu
ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat
berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat
mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu
penting dalam diri kamu dan diperlukan

4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat
penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap
tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat
'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan
dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan
meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya.
Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah
masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka
dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu
disisi mereka.

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka
berhak mendapat pujian.

8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan
berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam
membuat keputusan.


9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah
perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa
yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan
memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah
peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah
kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..
lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan
timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang
mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari.
TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa
dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan
masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab
mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran,
toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan
ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri
kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka
cemburu. itu kerana mereka SAYANGkan kamu

Fakta Mengenai Babi

Bahaya daging Babi

Babi siapa yang tak kenal babi? Babi adalah hewan yang sangat kotor karena biasanya mereka memakan segala sesuatu yang diberikan kepadanya dari mulai bangkai, kotorannya sendiri sampai kotoran manusia. Secara psikis babi memiliki tabiat yang malas, tidak menyukai matahari, sangat suka makan dan tidur, memiliki sifat tamak, dan tidak memiliki kehendak dan daya juang, bahkan untuk membela diri sekalipun.hayo...ada yang sifatnya mirip babi gak?hehe...


Secara fisik babi banyak menyimpan bibit penyakit. Babi dianggap hewan yang sama sekali tidak layak untuk dikonsumsi. Oleh karena itu ALLAH SWT melarang umat Islam untuk mengkonsumsi Babi. Umat Islam diHaramkan untuk makan daging babi. Di antara parasit-parasit itu adalah sebagai berikut:


* Cacing Taenia Solium

Parasit ini berupa larva yang berbentuk gelembung pada daging babi atau berbentuk butiran-butiran telur pada usus babi. Jika seseorang memakan daging babi tanpa dimasak dengan baik, maka dinding-dinding gelembung ini akan dicerna oleh perut manusia. Peristiwa ini akan menghalangi perkembangan tubuh dan akan membentuk cacing pita yang panjangnya bisa mencapai lebih dari 3 meter. Cacing ini akan melekat pada dinding usus dengan cara menempelkan kepalanya lalu menyerap unsur-unsur makanan yang ada di lambung. Hal itu bisa menyebabkan seseorang kekurangan darah dan gangguan pencernaan, karena cacing ini bisa mengeluarkan racun.

Apabila pada diri seseorang, khususnya anak-anak, telah diketahui terdapat cacing ini di lambungnya maka dia akan mengalami hysteria atau perasaan cemas. Terkadang larva yang ada dalam usus manusia ini akan memasuki saluran peredaran darah dan terus menyebar ke seluruh tubuh, termasuk otak, hati, saraf tulang belakang, dan paru-paru. Dalam kondisi ini dapat menyebabkan penyakit yang mematikan.




* Cacing Trichinella Spiralis

Cacing ini ada pada babi dalam bentuk gelembung-gelembung lembut. Jika seseorang mengkonsumsi daging babi tanpa dimasak dengan baik, maka gelembung-gelembung -yang mengandung larva cacing ini- dapat tinggal di otot dan daging manusia, sekat antara paru-paru dan jantung, dan di daerah-daerah lain di tubuh. Penyerangan cacing ini pada otot dapat menyebabkan rasa sakit yang luar biasa dan menyebabkan gerakan lambat, ditambah lagi sulit melakukan aktivitas. Sedang keberadaannya di sekat tersebut akan mempersempit pernafasan, yang bisa berakhir dengan kematian.

Bisa jadi, cacing jenis ini tidak akan membuat seseorang meninggal dalam waktu singkat. Namun patut diketahui bahwa cacing-cacing kecil yang berkembang di otot-otot tubuh seseorang setelah dia mengkonsumsi daging babi bisa dipastikan akan menetap di sana hingga orang itu meninggal dunia.


*Cacing Schistosoma Japonicus


Ini adalah cacing yang lebih berbahaya daripada cacing schistosoma yang dilkenal di Mesir. Dan babi adalah satu-satunya binatang yang mengandung cacing ini. Cacing ini dapat menyerang manusia apabila mereka menyentuh atau mencuci tangan dengan air yang mengandung larva cacing yang berasal dari kotoran babi. Cacing ini dapat menyelinap ke dalam darah, paru-paru, dan hati. Cacing ini berkembang dengan sangat cepat, dalam sehari bisa mencapai lebih dari 20.000 telur, serta dapat membakar kulit, lambung dan hati. Terkadang juga menyerang bagian otak dan saraf tulang belakang yang berakibat pada kelumpuhan dan kematian.



* Fasciolopsis Buski

Parasit ini hidup di usus halus babi dalam waktu yang lama. Ketika terjadi percampuran antara usus dan tinja, parasit ini akan berada dalam bentuk tertentu yang bersifat cair yang bisa memindahkan penyakit pada manusia. Kebanyakan jenis parasit ini terdapat di daerah China dan Asia Timur. Parasit ini bisa menyebabkan gangguan pencernaan, diare, dan pembengkakan di sekujur tubuh, serta bisa menyebabkan kematian.




*Cacing Ascaris

Panjang cacing ini adalah sekitar 25 cm. Cacing ini bisa menyebabkan radang paru-paru, radang tenggorokan dan penyumbatan lambung. Cacing ini tidak bisa dibasmi di dalam tubuh, kecuali dengan cara operasi.




* Cacing Ankylostoma


Larva cacing ini masuk ke dalam tubuh dengan cara membakar kulit ketika seseorang berjalan, mandi, atau minum air yang tercemar. Cacing ini bisa menyebabkan diare dan pendarahan di tinja, yang bisa menyebabkan terjadinya kekurangan darah, kekurangan protein dalam tubuh, pembengkakan tubuh, dan menyebabkan seorang anak mengalami keterlambatan dalam pertumbuhan fisik dan mental, lemah jantung dan akhirnya bisa menyebabkan kematian.



* Clonorchis Sinensis

Ini jenis cacing yang menyelinap dan tinggal di dalam air empedu hati babi, yang merupakan sumber utama penularan penyakit pada manusia. Cacing ini terdapat di China dan Asia Timur, karena orang-orang di sana biasa memelihara dan mengkonsumsi babi. Virus ini bisa menyebabkan pembengkakan hati manusia dan penyakit kuning yang disertai dengan diare yang parah, tubuh menjadi kurus dan berakhir dengan kematian.



* Cacing Paragonimus

Cacing ini hidup di paru-paru babi. Cacing ini tersebar luas di China dan Asia Tenggara tempat di mana babi banyak dipelihara dan dikonsumsi. Cacing ini bisa menyebabkan radang paru-paru. Sampai sekarang belum ditemukan cara membunuh cacing di dalam paru-paru. Tapi yang jelas cacing ini tidak terdapat, kecuali di tempat babi hidup. Parasit ini bisa menyebabkan pendarahan paru-paru kronis, di mana penderita akan merasa sakit, ludah berwarna cokelat seperti karat, karena terjadi pendarahan pada kedua paru-paru.



* Swine Erysipelas

Parasit ini terdapat pada kulit babi. Parasit ini selalu siap untuk pembakaran pada kulit manusia yang mencoba mendekati atau berinteraksi dengannya. Parasit ini bisa menyebabkan radang kulit manusia yang memperlihatkan warna merah dan suhu tubuh tinggi.


Sedang kuman-kuman yang ada pada babi dapat menyebabkan berbagai penyakit, diantaranya adalah TBC, Cacar (Small pox), gatal-gatal (scabies), dan Kuman Rusiformas N.


Dalam berbagai argumentasi, sebagian orang berpendapat jika peralatan modern sudah jauh lebih maju dan bisa menanggulangi cacing-cacing ini sehingga tidak berbahaya lagi, karena panas tinggi yang dihasilkan oleh alat tersebut. Namun pengetahuan ini masih memerlukan kajian yang lebih mendalam. Sampai sekarang belum ada seorang ahli pun yang bisa memastikan dengan benar berapa derajat panas yang digunakan sebagai ukuran baku untuk membunuh cacing-cacing ini. Padahal menurut teori, memasak daging yang benar adalah tidak terlalu cepat namun juga tidak terlalu lama. Karena jika terlalu cepat dikhawatirkan parasit-parasit yang terdapat dalam daging tidak sempat mati sementara kalau terlalu lama semua kandungan gizi daging akan hilang dan hanya menyisakan toxic (racun). Kalau sudah demikian siapa yang berani menjamin kalau daging babi cukup aman untuk dikonsumsi?


Memang benar dalam tubuh sapi juga ada cacing. Cacing tersebut diberi nama T. Saginata. Tapi babi sendiri kadang-kadang juga menjadi sarang cacing jenis ini. Namun demikian ada perbedaan yang mendasar antara cacing yang terdapat pada sapi dan cacing yang ada pada babi. Saginata yang ada pada babi melangsungkan proses hidupnya dalam tubuh manusia sedangkan saginata yang ada pada sapi hanya dapat hidup di dalam sapi dan tidak hidup di dalam tubuh manusia, sekalipun sudah terlanjur masuk dalam tubuh manusia. Adapun keberadaan saginata dalam tubuh manusia mungkin disebabkan oleh proses masak yang tidak baik di dalam tubuh babi.


Disamping itu daging babi adalah daging yang paling sulit dicerna, karena kandungan zat lemaknya sangat tinggi. Tabel berikut akan menjelaskan kadar lemak yang terdapat dalam daging babi dan hewan lainnya:


Babi gemuk 91%, Kambing gemuk 56%, Sapi gemuk 35%
Babi sedang 60%, Kambing sedang 29%, Sapi sedang 20%

Babi kurus 29%, Kambing kurus 14%, Sapi kurus 6%


Selain itu jika dibiarkan berada di udara terbuka maka daging yang pertama kali busuk adalah daging babi, diikuti daging domba dan yang terakhir adalah daging sapi. Akan tetapi apabila daging-daging tersebut dimasak, maka yang paling lambat masaknya adalah daging babi.


Dari hasil penelitian juga diperoleh kesimpulan bahwa daging kambing dan daging sapi berada dalam lambung selama 3 jam proses pencernaan sempurna, sementara daging babi bisa berada dalam lambung selama 5 jam hanya untuk memperoleh hasil pencernaan yang sempurna.


Jika ada yang bertanya: buat apa babi diciptakan jika tidak untuk dimakan? Itu sama sperti kita bertanya untuk apa Virus digunakan? Untuk apa ada penyakit? Mungkin Kita bisa jawab: di dalam tubuh babi ada hal yang bisa kita petik pelajarannya dan kemudian kita hindari sebagaimana naluri kita selalu berkata untuk sedapat mungkin menghindarkan diri dari pengaruh virus flu atau bibit penyakit lainnya. Atau bisa juga kita jawab,semua itu untuk menjaga keseimbangan kehidupan makhluk hidup di dunia. Dengan adanya semua penyakit itu mungkin bisa membuat kita sadar bahwa kita hanyalah makhluk Tuhan yang sangat lemah,bahwa kita tidak ada apa apanya di depan Tuhan Yang Maha Kuasa. Dan tentunya dalam setiap ciptaan NYA pasti selalu ada hikmah yang dapat kita petik. Namun jika masih ada juga yg bersikukuh tentang makan babi, maka paling tidak mereka harus bisa membuktikan bahwa daging tersebut aman dari pengaruh parasit maupun kandungan lemaknya yang tinggi. Apa mereka dapat melakukannya sementara para ahli saja tidak benar-benar berani menjaminnya? Subhanallah… Maha Besar ALLAH SWT yang telah melarang kita untuk memakan daging babi..

Mohon maaf kalau antara cacing dengan gambar yang disajikan kurang relevan, karena gambar cacungnya saya dapat dari google.com

Berikut ini adalah link video di youtube.com yang menunjukan bahwa terdapat cacing pada daging babi yang direndam oleh coca cola. Kenapa harus coca cola? Ada kemungkinan ketika disiram coca cola, ada suatu zat pada coca coal (misalnya asam) yang menyebabkan sang cacing terganggu dan keluar dari daging babi tersebut.


Tayangan www.youtube.com tentang daging babi : http://www.youtube.com/watch?v=XdguyMJprsA


Eksperimen daging babi dan coke: http://www.youtube.com/watch?v=f3IOvFA8LLE&feature=related


Daging babi dan coke (serius): http://www.youtube.com/watch?v=p2eEw26J0z8&feature=related


Source: http://ratualit.blogspot.com/2008/07/bahaya-daging-babi-bagi-kesehatan.html

Himpunan cerita

Cempedak

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri cempedak di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN TENGKORAK'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati cempedaknya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik cempedaknya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada cempedaknya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA EMPAT CEMPEDAK YANG DISUNTIK RACUN'





jaguh Pedang Sepanyol, Samurai Jepun Dan Pendekar Silat

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan.



Anak Kembar Punya Hal

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”



Basikal VS Lembu


Seorang jurujual sedang cuba memujuk seorang petani untuk membeli sebuah basikal yang dijualnya.

Si petani menolak kerana tidak mahu membeli basikal. Akan tetapi jurujual nampaknya tidak mudah menyerah.

Petani: Daripada membeli basikal, lebih baik aku habiskan duitku untuk pelihara lembu.

Jurujual: Ah, tapi cuba pikir pakcik... Pakcik akan kelihatan terlalu bodoh jika pakcik pergi ke pekan dengan menunggang seekor lembu.

Petani: Huhh!! Adakah tidak lebih bodoh jika orang melihatku memerah susu seekor basikal!




Dapatkan lebih banyak cerita:
klik di sini

Don't be late to get this videos!!!

hope u fun to watching it..

dapatkan lagu-lagu kegemaran anda sekarang!!!!

Siapa yang ingin mencari lagu kegemaran anda sila hantarkan tajuk lagu dan penyanyi kepada sy..sy akan cuba postkan lagu permintaan anda.


ni antara video lagu ciptaan malinsau team yang dinyanyikan oleh malik dan dibantu oleh zoonley,iddy dan ruki..siuok oh dengar la..sy mau upload ba ni di youtube nanti ada masa dlu...

Ahad, 5 Julai 2009

Ikhlan dan Pautan

sesiapa yang tercari-cari dan tertanya-tanya cara untuk mendownload lagu-lagu mp3 melayu/english tempatan maupun lagu dari luar secara percuma sila layari laman web di bawah:

1.beemp3.com
2.mp3raid.com

untuk mendownload lagu-lagu dusun layari laman web;

1.lagudusun.co.cc.com

bagi yang hendak mendownload software atau installer percuma layari ;

1.Brothersoft.com
2.DVDSoft.com

Selamat mencuba!!!..